17 October, 2008

Pengenalan

Kegiatan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia bermula dengan tertubuhnya ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 ( No. 46 ). Ordinan tersebut telah diganti dengan Akta Kadet Bersatu Malaysia 1967 ( Akta 417 ). Berdasarkan akta ini , Menteri Pendidikan  selepas berunding dengan Majlis Angkatan Tentera  (MAT) diberi kuasa untuk menentukan kaedah-kaedah berhubung  dengan:

       1. Tahap latihan yang perlu dijalani dan taraf yang perlu dicapai oleh anggota PKBM dari    
           masa ke semasa.

       2. Kehadiran anggota untuk menjalani latihan dan kursus

       3. Pakaian seragam, senjata dan kelengkapan pasukan

       4. Kelulusan keselamatan anggota

Selain daripada itu akta ini juga membolehkan Majlis Angkatan Tentera membuat perintah-perintah tetap atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh pasukan, khursusnya tentang perkara-perkara berikut:

      1. Pengeluaran dan penjagaan senjata, peralatan, bahan letupan, bekalan , pakaian dan 
          kelengkapan.

      2. Penyata-penyata, buku-buku dan bentuk surat menyurat.